Twitterfeed: Aplikasi Terbaik Untuk Blogger (Tutorial Disertakan)

Untuk entri ni aku nak kongsi dengan korang semua, para bloggers. Satu aplikasi terbaik dan menarik. Namanya Twitterfeed. Kegunaannya untuk ping entri korang kat twitter, facebook profile dan facebook fanpage secara automatik.


Best ni. Lebih-lebih lagi untuk bloggers yang malas nak update facebook fanpage dan twitter macam aku. Kehkeh..

Macam mana Twitterfeed berfungsi?

Mula-mula, Twitterfeed akan baca feed blog kita yang updated. Pastu dia akan automatik publish ke profile twitter dan facebook kita. Nak publish ke facebook fanpage pun boleh. Terpulang pada setting yang korang mahukan.


Twitterfeed update fanpage Jejaka Terhangat dengan entri blog terbaru secara automatik.



Status twitter kat header aku pun diupate automatik lepas aku publish entri. Cool kan?


Tutorial gunakan Twitterfeed

1. Okey, mula-mula sila ke website Twitterfeed dan register secara percuma.

2. Isikan nama feed dan URL feed blog korang.

(Default feed bagi blogger adalah: http://blogname.blogspot.com/feeds/posts/default, dan bagi wordpress adalah http://blogname.com/feed)


Klik utk lebih besar punyee..


3. Klik pada twitter dan facebook untuk "integrate"kannya dengan Twitterfeed.


Klik utk lebih besar punyee..


4. Bagi setting facebook, Klik pada "Connect with facebook" untuk integrate kepada profile facebook korang. Lepas dah berjaya, baru korang boleh integrate kepada facebook fanpage korang pulak.


Klik utk lebih besar punyee..


5. Tekan pada "Create Service" dan selesai. =)


Setting yang sangat mudah. Tunggu apa lagi. Cuba la sekarang. Aplikasi ni memang terbaik untuk blogger. Sekiranya ada masalah, boleh la tanya kat ruangan komen bawah ni ye..=)

..Good Luck..


Tips ringkas: Seperti blog, twitter dan fanpage juga perlu sentiasa update supaya dapat lebih banyak follower..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

15 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...