Tips Blogging: Tips Menulis BloG Oleh Jejaka Terhangat..

Setiap blog ada cara penulisan dia tersendiri. Cara aku tulis entri lain. Cara korang lain. So, utk entri ni aku just nak share kat sume cara bloG Jejaka Terhangat ni ditulis..



1. Gunakan ayat sempoi.

Aku tulis entri guna ayat yg tak terlalu formal, jugak tak terlalu poyo. Tapi kadang2 poyo gak. Hehe..

2. Jangan guna bahasa SMS.

Buat apa kita tulis bloG kalau pembaca tak paham kan. Jangan tulis short form syok sendiri. Haish, sakit jiwa raga aku nak pahamkan bahasa SMS ni..

3. Say No to ayat terlalu panjang.

Aku tak nak tulis terlalu panjang dalam satu ayat.. Kalo panjang2 sangat nanti reader lost fokus masa baca. Cuba habiskan ayat sependek yg boleh, dan reader boleh faham..

4. Gunakan point dalam entri.

Aku selalu gunakan point masa tulis entri. Benda ni standard, supaya apa yg kita nak sampaikan nampak lebih jelas..

5. Gunakan gambar yg sesuai.

Gambar dapat bantu menceriakan lagi entri kita. Lagipon widget "link within" akan preview kan gambar yg kita letak. Rugi woah kalo tak letak gambar kat entri..

* Please boycott from using gambar perempuan seksi. We're Islamic blogger right?

6. Gunakan JUSTIFY.

Aku setkan aligment justify utk bloG ni. Supaya penulisan lebih nampak kemas dan tersusun. Errk, macam la bloG ni kemas sangat kan? Ngehh..

7. Read More.

Aku gunakan "Read More" supaya main page bloG ni tak nampak terlalu serabut. Bukan sebab "Page View" ye kawan2 semua..

Cukup la dulu setakat ni ye. Sebenarnya banyak lagi point yg aku nak kasi. Esok-esok pulak la yek. Hehe.. "See you next time on the next episode". Adiossa...



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

37 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...